Hmmmm...aku tak tau mcm mana nk mulakan? tapi rasanye mcm tak dpt nk aku simpan (perasaan) ini lagi. For months..weeks and days...kepala otak aku tak dpt nk focus lagi. Kalau ikutkan perasaan 'cenggengku' dan naluri kewanitaan ku ini mahu saja aku menangis dan terus menangis, but somehow I knew that I have to be strong. Setiap hari aku berdoa kepada Tuhan agar aku sentiasa diberi kekuatan, semangat agar aku sentiasa tabah dan cekal melalui hari-hariku bersama emak.
Sebagai anak yg bongsu dan satu-satunye perempuan, aku telah diamanahkan oleh abang2 ku supaya menjaga emak. Dan aku menerima amanah itu dgn hati yg terbuka kerana aku juga faham akan keadaan mereka. Ya...walaupun at times hatiku mengatakan "ia tidak adil" kerana kami sama2 dibesarkan oleh orang yg sama (ia itu emak)..tapi kenapa aku yg harus memikulnye sendirian? Biarpun ada kalanye hati ini marah, geram, sedih...tapi akan segera aku padamkan kerana aku tidak mahu ia menjejaskan kepala otakku dgn perkara yg 'remeh-temeh' seperti ini. Senang cakap...aku tak mahu ada perasaan cemburu or dengki or iri hati kat dalam diri ini kerana ia tidak akan mendtgkan apa2 faedah. Jalan penyelesaian...biarlah emak sentiasa dlm jagaanku. Kerana selama ini pun akulah anak yg paling rapat dan manja dgn emak.
Tapi aku tetap sedih kerana emak yg berada didepan mataku ini bukan wanita yg kuat seperti 20thn dulu. Wanita yg berada dihadapan ku sekarang ini sudah tidak berdaya lagi. Ingatan beliau pun sudah lama 'malap'. Lebih menyedihkan lagi selepas beliau pulang dari hospital dua minggu lalu. Tubuh emak semakin mengecil. Setiap kali aku menyalinkan/membersihkan emak, aku rasa mcm nak menangis kerana rasanye seperti aku menyalinkan 'rangka-rangka' yg hampir rapuh. Emak seakan tidak ada isi lagi. Terlalu 'fragile'. Dgn pandangan yg cengkung, beliau merenung dalam mataku (dan aku tidak berani merenung dlm mata emak kerana ia amat memilukan). Sesekali emak akan mengaduh bila aku cuba membangunkan beliau. Aku tahu emak sakit. Aku tahu mak dah tak berdaya lagi.
Bila melihatkan keadaan emak mcm tu, hati aku semakin sebak dan sakit sekali. Sakit kerana aku menahan segalanye di dlm. Like I said earlier...rasanye mcm aku nak menangis dan terus menangis, tapi setiapkali perasaan seperti itu dtg, cepat2 aku melawannye. Kerana aku tahu seandainye aku lemah, give-up, mengalah dan jadi 'cenggeng' terus...siapa yg akan menguruskan emak?
"It's okay to cry"...satu-satunye kata2 dari seorang sahabat yg aku simpan sehingga kini. But 'friend'...aku tak boleh menangis sekarang. Aku kena cekal dah tabah. Aku kena jadi anak yg kuat dan berani. Dan inilah yg selalunye aku tunjukkan kepada semua. But again...do you know that behind this smiling face
...aku sebenarnye takut!!!
Yup...TAKUT!!! Aku takut sekiranye suatu hari nanti emak akan bertanyakan aku soalan seperti..."kau siapa?" (bila tiba masanye emak dah tak mengenali anak2nye). Aku tak mahu emak lupa pada anak2nye. Aku tak mahu emak lupa nama aku. Aku tak mahu emak lupa siapa aku. Dan yg lebih paling menakutkan aku lagi bila sampai saatnye emak harus pergi. Goshhhh...inilah tamparan yg paling kuat yg harus aku hadapi suatu hari nanti. And 'honestly'...I'm not ready yet. Not now dan selama-lamanye aku belum bersedia lagi. Ya Allah...kau benar-benar menduga aku!!!
Haizzzzz...tak dpt nak aku teruskan lagi (terlalu sebak rasanye). Ingin aku luahkan apa yg terpendam tapi rasanye setakat ini aje yg mampu aku luahkan.
- Raven
(ps: aku tahu setiap umat Islam harus percaya/terima pada "qadaq dan qadar")